Sabtu, 24 Desember 2011

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433H

Majlis sambutan Maal Hijrah tahun ini disambut pada 23 Disember 2011 / 27 Muharram 1433H, dengan penuh semangat yang menjurus kepada penghijrahan secara psikomotor atau berhijrah secara lahiriah. Majlis sambutan berkembar antara Jamuan kesyukuran kerana berjaya mendapat johan dalam pertandingan masjid terbaik bagi masjid luar bandar seluruh Kelantan tahun 1432H.
Dimulai sejak pagi dengan persediaan memasak gulai lembu, diikuti persembahan pelajar dalam bentuk bacaan Al-Quraan, diklamasi sajak Hijrah dan persembahan lagu-lagu nasyid oleh dua kumpulan nasyid masjid.
Pada sebelah malamnya, selepas solat Maghrib, diadakan upacara perasmian program Klinik A-Quran diikuti dengan pelancaran derma Tabung Pembangunan masjid khas untuk belanja pemesangan alat hawa dingim dan keceriaan kubur.
Program ceramah umum bertema Maal Hijrah disampaikan oleh Al-Ustaz Hj Muhamad Rosli bin Husain.
Acara yang paling mendebarkan ialah pengistiharan tokoh Maal Hijrah peringkat mukim Chabang Empat. Tokoh Maal Hijrah muslimin didianugrahkan kepada Yang mulia, Hj Mat Nawi bin Ismail dan tokoh Maal Hijrah Muslimin dikurnikan kepada Hjh Siti Mariam binti Sidek, balu kepada Allahyarham Hj Awang bin Senik yang mendapat anugrah yang sama pada tahun lalu.

0 komentar: