Selasa, 21 Juni 2011

KEUTAMAAN AHLI MASJID

Program himpunan ahli-ahli masjid adalah satu usaha jawatankuasa masjid ini untuk mewujudkan satu harakah yang dapat menjadi benteng mempertahankan aqidah dikalangan masyarakat setempat. Ahli-ahli masjid akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga diri dan keluarga daripada ancaman kekufuran, mewujudkan masyarakat contoh kepada amalan-amalan mulia pancaran dari keimanan dan untuk berdakwah.

Ayat Al-Quraan berbunyi;
أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ

“Tidaklah pantas orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedang mereka mengakui bahwa mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka itu kekal di dalam neraka” (QS At-Taubah: 17).

Ayat seterusnya berbunyi; "hanyalah orang yang memakmurkan masjid Allah itu ialah mereka yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan hanya kepada Allah. Merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk dalam golongan yang mendapat petunjuk-Nya." (QS At-Taubah 18).

Ada banyak sandaran hadis berkaitan dengan kelebihan golongan yang menjadi ahli masjid, malah akan sentiasa dinaungi rahmat, dipelihara daripada sebarang bahaya dan terjamin keamanan dan keselamatannya.

Hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda maksudnya: "Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah (di Padang Mahsyar) pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya iaitu imam yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan sentiasa beribadah kepada tuhannya, pemuda yang hatinya sentiasa terikat dan terpaut kepada masjid, dua orang pemuda yang berkasih sayang kerana Allah bertemu dan berpisah kerana-Nya, pemuda yang diajak berbuat maksiat oleh wanita cantik dan punya kedudukan tetapi menolak pelawaan itu dengan berkata 'aku lebih takutkan Allah', pemuda yang bersedekah secara rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya dan pemuda yang sentiasa berzikir kepada Allah di tempat sunyi hingga menitis air matanya."

Ayat-ayat Al-Quraan dan hadith di atas menerangkan tentang keutamaan ahli masjid kerana kelebihan-kelebihan berikut :
- Orang yang beriman kepada Allah dan rasulullah serta hari kiamat
- Orang yang menjaga solat
- Orang yang redha dalam mengeluarkan zakat
- Orang yang bertakwa kepada Allah
- Orang yang mendapat petunjuk ke jalan Allah

0 komentar: